[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Perkhidmatan Yang Kami Sediakan :

Selamat datang ke SriAyu999.Saya menjual dan membeli Emas public gold, Emas Sri Ayu,Dinar dan Dirham Kelantan.
Saya juga membeli barang kemas terpakai / patah atau trade-in serta berurusan dalam penebusan surat pajak . Hubungi saya untuk berurusniaga di 013-9883856 @ emailkan kepada sharifulemran@yahoo.com.

Saturday, April 30, 2011

US DOLLAR MULA MENJUNAM !!







Untuk beberapa dekad yang lepas, Amerika Syarikat telah menikmati kelebihan yang sangat unik dari segi sejarah, satu kedudukan yang sangat istimewa. Sebagai negara yang paling berkuasa menuju globalisasi, mata wangnya, dollar, berada dalam permintaan yang sangat tinggi sebagai penyimpan nilai. Yakni, pelabur-pelabur dan bank-bank pusat negara-negara lain menjadikan pegangan dollar sebagai alternatif kepada matawang mereka sendiri, dan mata wang lain yang dilihat kurang stabil sebagai Reserve Currency. Permintaan yang sangat tinggi untuk dollar , telah memberikan pengguna-pengguna AS dan kerajaannya sebagai pinjaman kad kredit hampir tiada had.


AS adalah kini negara penghutang terbesar dunia, dan ekonomi AS kini berkembang hanya kerana Jepun, China, dan Eropah bersedia untuk membiayai defisit perdagangan AS, pada dasarnya, dengan pinjaman sebanyak $500 bilion setahun. Mereka melakukan ini dengan mengambil dollar ketika penguna – pengguna AS menggunakan dollar untuk ditukar dengan Toyota, wain Perancis dan barangan elektronik Cina, dan mereka menggunakan dollar itu semula untuk membeli bon AS dan aset-aset kewangan lain.

Dikira semua, hutang AS kini telah mencecah kira-kira $40 trillion, atau US $600,000 setiap keluarga berempat, satu beban yang jelasnya tidak mampan lagi. Bila rakan perdagangan AS memahami bahawa AS tidak lagi menjadi pembeli yang baik , mereka akan berhenti memberi kan pinjaman (yakni, mereka akan menggunakan dollar mereka untuk membeli euro atau yen atau emas berbanding bon AS), dan nilai dollar sudah tentu akan menurun. Prosesnya sudah bermula, dengan permintaan yang berkurangan untuk dollar , membawa nilai dollar itu jatuh kepada lebih kurang satu pertiga dalam tiga tahun lepas. Tetapi ini hanyalah permulaan.

Suresh Tendulkar, penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri India Manmohan Singh, berkata dia mendesak kerajaan India supaya mempelbagaikan $264.6 bilion rizab pertukaran asingnya dan mengurangkan rizab dollarnya.
“Majoriti rizab tukaran India berada dalam dollar -- sesuatu yang menjadi masalah kepada kami,” Tendulkar, pengerusi Economic Advisory Council, kepada Perdana Menteri berkata dalam satu temubual semalam dalam Aix-en-Provence, Perancis, ketika dia menghadiri satu persidangan ekonomi.

China dan Rusia telah meningkatkan desakan supaya dikaji semula bagaimana rizab mata wang global digubah dan diurus, menggariskan satu anjakan kuasa kepada Negara membangun daripada negara-negara maju yang berhadapan krisis kewangan.

" Sepatutnya ada satu sistem untuk mengekalkan kestabilan bagi rizab mata wang utama dunia,” Bekas Timbalan Perdana Menteri Cina , Zeng Peiyan menyatakan dalam satu ucapan di Beijing semalam, China menonjolkan isu mengenai satu sistem kewangan global yang dikuasai oleh dollar.

Fiskal dan defisit-defisit akaun semasa mesti diawasi kerana “mata wang anda mungkin akan menjadi masalah saya,” berkata Zeng, yang kini menjadi ketua kepada satu pusat penyelidikan di bawah agensi perancangan ekonomiChina .

Russian Proposals



Wang Emas Dunia - cadangan Russia

Presiden Rusia Dmitry Medvedev telah berulang kali menyeru supaya dicipta satu campuran rizab mata wang-mata wang utama sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi perhatian kepada krisis kewangan global, ketika yang sama beliau mempersoalkan masa depan dollar sebagai mata wang rizab global. Rusia membuat cadangan untuk G-20 ,negara maju utama dan negara-negara sedang membangun termasuk penciptaan satu mata wang supranasional.

Isu terakhirnya ialah berapakah nilai dolar akan jatuh sambil ia dihentikan secara berperingkat-peringkat, untuk digantikan dengan apa juga mata wang antarabangsa baru yang akan diperkenalkan. Susut 50% atau 75% ? Adakah ia akan mengambil masa beransur-ansur lebih setahun atau dua atau berlaku semalaman? Bagaimanakah rakyat dan kerajaan AS akan bertindak? Ini adalah soalan-soalan menakutkan. Satu-satunya cara untuk keluar dari kemelut ini adalah untuk kerajaan AS untuk menceroboh lapangan-lapangan minyak selatan Iran dan menguasai Selat Hormuz dan pada asasnya memegang bekalan minyak dunia itu sebagai tebusan. AS boleh ketika itu menetapkan syarat-syarat keatas China, Jepun dan EU dan mengusahakan sesuatu daripada membiarkan mata wangnya jatuh merudum.



Ulasan :

Antara alasan AS menyerang Iraq ialah senjata kimia Saddam Hussin. Sudah diketahui sebenarnya tidak ada. Sebenarnya alasan utama, menyerang Iraq ialah kerana Iraq menukar penerimaan bayaran minyak dari dollar ke Euro. Iran sudah pun mengurangkan pegangan dollar mereka dan bertukar ke Euro. Sekarang AS mencari lagi alasan untuk menyerang Iran pulak, sebab utamanya mereka mahu menguasai semua bekalan minyak di Timur Tengah. Iran merupakan halangan terakhir.

Dimana posisi umat Islam, adakah berpindah dari dunia dengan dominasi dollar ke dominasi Euro penyelesaiannya ? Umpama keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut singa. Lari dari dicuri oleh Si Pencuri (dollar) untuk dirompak pulak oleh Si Perompak (Euro).

Simpanlah dinar untuk hari sukar yang akan mendatang !
Hubungi kami di 013-9883856.


Kredit To: EZY GOLD & SILVER