Perkhidmatan Yang Kami Sediakan :

Selamat datang ke SriAyu999.Saya menjual dan membeli Emas public gold, Emas Sri Ayu,Dinar dan Dirham Kelantan.
Saya juga membeli barang kemas terpakai / patah atau trade-in serta berurusan dalam penebusan surat pajak . Hubungi saya untuk berurusniaga di 013-9883856 @ emailkan kepada sharifulemran@yahoo.com.

Wednesday, July 13, 2011

Beli Emas Untuk Pelaburan Jangka Panjang?

Salam semua,

Satu persoalan yang sering saya ajukan. Dan jawapan yang sama yang sering saya perolehi. Namun saya kurang bersetuju dengan jawapan yang diberikan, walaupun secara umumnya ianya betul namun kurang tepat.... kenapa? Apa persoalannya? dan apa jawapan daripada persoalan tersebut?

Persoalan saya: Apakah tujuan anda membeli emas?

Jawapan yang sering saya perolehi: Untuk pelaburan jangka masa panjang.

Kenapa saya kata kurang tepat?


Pandangan ini kurang tepat bagi saya apabila anda membeli emas pada harga yang tinggi. Contoh anda beli di kedai emas di sekitar anda 100gram emas pada harga runcit RM177/gram. Jadi anda akan bayar RM17,700 untuk 100gram emas anda. Tetapi harga semasa emas sebenarnya hanyalah dalam lingkungan RM152/gram menjadikan anda sudah membayar lebihan sebanyak RM2,500 untuk 100gram emas tersebut. 

Oleh yang demikian, anggapan membeli emas untuk pelaburan jangka panjang adalah kurang tepat apabila anda perlu membayar harga yang lebih untuk membeli emas tersebut. Perbandingannya adalah mudah. Adakah anda membeli saham-saham pelaburan pada harga runcit yang lebih tinggi daripada harga yang sebenarnya? Sudah tentu anda akan membeli saham-saham pelaburan tersebut pada harga sebenar, bukan pada harga runcit yang lebih tinggi. 

Jadi adakah tepat keputusan anda membeli emas pada harga runcit (tinggi) untuk dijadikan pelaburan jangka panjang? 

Emas sebenarnya adalah pelaburan jangka panjang dan juga penjana keuntungan jangka pendek. Beli pada harga rendah membolehkan anda menjual emas anda pada jangka waktu yang singkat. Tidak perlu menunggu sehingga 2 tahun, dalam tempoh beberapa hari sahaja anda boleh menjual kembali emas anda dan memperolehi keuntungan daripada transaksi tersebut. Dalam membeli emas kita perlu lihat perbezaan harga yang dijual dengan harga semasa. Kita perlu bijak membuat keputusan. Belilah emas pada harga yang hampir dengan harga semasa bukan pada harga yang terlalu jauh daripada harga semasa. Elakkan membeli pada harga yang terlalu tinggi, kerana ini akan merugikan anda. 

Emas adalah satu aset yang boleh diurusniagakan pada bila-bila masa dan juga jangka panjang. Kedua-dua kaedah mampu memberi keuntungan kepada anda. Buang anggapan anda bahawa emas hanya memberi keuntungan jangka panjang, kerana ia akan menyekat potensi anda memperoleh keuntungan yang lebih baik daripada emas.

Anda fikir-fikirkan...