Perkhidmatan Yang Kami Sediakan :

Selamat datang ke SriAyu999.Saya menjual dan membeli Emas public gold, Emas Sri Ayu,Dinar dan Dirham Kelantan.
Saya juga membeli barang kemas terpakai / patah atau trade-in serta berurusan dalam penebusan surat pajak . Hubungi saya untuk berurusniaga di 013-9883856 @ emailkan kepada sharifulemran@yahoo.com.

Saturday, April 30, 2011

Sites Harga Emas Dunia

Bagi anda yang ingin mengetahui status terkini harga emas di pasaran dunia,boleh lawati link2 yang telah saya sediakan di bawah :
Harga live tengok sini;


http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Harga dulu-dulu /sejarah tengok sini;

http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html


Technical chart pula kat sini;

http://www.kitco.com/charts/techcharts_gold.html

Peraturan Dalam Pelaburan Emas Fizikal

Kali ini saya hendak bercerita berkenaan 6 peraturan dalam pelaburan sebagaimana yang saya baca dalam artikel Robert Kiyosaki di http://www.richdadwisdom.com/2009/10/6-rules-for-investing/ . Menurut beliau ada 6 peraturan dalam pelaburan. Saya cuba menerangkan 6 perkara itu dengan cara yang mudah untuk orang-orang biasa faham. 

1. Pelaburan Perlu Ada Perancangan.

Sekiranya kita meletakkan sejumlah wang dalam sesuatu bentuk pelaburan, kita perlu ada satu matlamat kewanagan yang jelas. Kita perlu ada startegi yang berkesan untuk mencapai matlamat itu. Sudah tentu keuntungan yang kita cari. Untuk mendapat keuntungan, perancangan dan strategi perlu diatur sesuai dengan jangkamasa pelaburan, matlamat kewangan dan risiko yang kita hadapi. Contohnya, sebagai orang yang sukakan emas, saya harus mempunyai matlamat untuk menambah dan meningkatkan jumlah simpanan emas saya dari hari ke hari, dari bulan ke bulan dan bertambah dari tahun ke tahun. Untuk itu, perlu pandai merancang kewangan dengan bijak. 


2. Jangan Letak Semua Aset Anda Dalam Satu Portfolio Pelaburan Sahaja.

Orang barat cakap, "Jangan letak semua telur anda dalam bakul yang sama". Tempatkan kekayaan atau wang anda dalam perlagai portfolio pelaburan yang berbeza. Ada banyak bentuk pelaburan yang sudah terbukti mampu menghasilkan kekayaan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya. Apa akan jadi sekiranya anda melabur dalam pasaran hartanah sahaja, dan nilai hartanah itu tiba-tiba jatuh menjunam. Anda akan rugi. Oleh itu, perlu ada banyak portfolio pelaburan. Emas adalah pelaburan yang paling mudah dan rendah risiko.



3. Bina Pelaburan Anda Dalam "Timeframe" Tertentu.

Yang ini saya susah sikit nak faham. Seperti yang Robert Kiyosaki kata, "Apabila tea lady pun melabur dalam stock market, itu adalah masa untuk keluar". Bermaksud apabila pasaran saham sedang menaik, semua orang akan melabur dalam pasaran saham. Pada masa itu, pasaran saham berada di kemuncaknya dan nantikanlah kejatuhan saham tersebut. 

Menurut Robert Kiyosaki lagi, terdapat dua cara untuk menentukan masa terbaik pelaburan. Pertama adalah dengan memiliki saham yang 'low end" market  dan menjualnya ketika dalam keadaan "high end" market. Cara pertama ini susah sedikit untuk dilaksanakan. Kedua, adalah dengan melabur dalam pelaburan yang bagus dan kekal berada dalam pelaburan itu mengharungi lautan dan badai (seperti dalam tempoh masa10 tahun atau 15 tahun). 

Beliau lebih sukakan cara yang kedua kerana lebih selamat dan mudah. Elakkan dari melaburkan wang anda dalam apa-apa pelabuaran yang berada dalam keadaan harga tinggi, namun jual pada harga yang rendah. Ini mungkin kerja gila dan anda akan mengalami kerugian yang teruk. Untuk apa melabur untuk rugi???

4. Elakkan Pelaburan yang Berisiko Tinggi.

Seorang pelabur sejati adalah orang yang tahu membezakan antara pelaburan yang menguntungkan dan pelaburan yang sangat tinggi risikonya. Elakkan JV bisnes yang risikonya amat besar, elakkan highly speculative stock, tax avoidance schemes atau apa-apa pelaburan yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 

Seperti saya nyatakan tadi, memiliki emas fizikal adalah sama dengan anda melabur dalam emas yang sudah tentu rendah risikonya. Anda tentukan sendiri apa anda hendak lakukan dengan emas anda tadi. Sebab itu saya beli emas Sri Ayu, sebab lebih baik dari masuk skim pelaburan emas (tak dapat emas pun), tiap-tiap bulan dapat untung. Itu bukan pelaburan yang sebenar. 


5. Elakkan Meminjam Untuk Melabur. 

Seeloknya, cuba elakkan meminjam untuk melabur. Namun, ada financial advisor berpendapat pinjam itu adalah, "gearing your investment". Gearing means to borrow. Pelabur perlu bijak menilai, adakah dengan meminjam akan dapat cover keuntungan pelaburan itu. Sekiranya pinjaman dapat beri pulangan yang menguntungkan untuk anda melabur, apa salahnya, teruskanlah. Sekiranya meminjam dan margin keuntungan dari pelabuaran itu tidak mampu membayar kadar pinjaman, hentikan saja niat murni anda itu.

Tetapi saya berpendapat, meminjam untuk melabur lebih baik dari meminjam untuk bayar hutang lain atau membeli apa-apa yang tidak perlu. Meminjam untuk beli emas adalah terbukti menguntungkan. Namun, perlu ada sedikit ilmu pengetahuan dan strategi. 

6. Stay, With Traditional and Known.

Kekal melabur dalam pelaburan yang terkemuka dan terbukti menguntungkan. Emas adalah salah satu jawapannya. Melabur dengan membeli dan memiliki emas adalah satu tindakan bijak. Ini kerana emas telah terbukti dari zaman berzaman sebagi menyimpan kekayaan terunggul. Emas kalis inflasi dan tidak susut nilai. Elakkan melabur dalam pelabuaran yang tidak stabil.

Kesimpulannya, buatlah tindakan yang bijak untuk melabur dalam apa jua bentuk pelaburan. Pokoknya, keuntungan yang kita cari. 

Sekian. 



credit to:thisisgoldfever

Apa yang anda tahu tentang Emas?

Utk pembaca yg baru ingin mengenali atau ingin bjinak2 dalam dunia emas, disini saya ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas..kenapa saya memilih untuk menyimpan emas dan bukannya wang tunai.. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan



Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tapi sblm itu,sy ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:

1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. 



Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).


Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. – dinar emas 917,barang kemas dan jongkong emas
4. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas 917
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal ye ?? Berdasarkan kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai emas,jika emas anda rosak, terguris, bercalar, bengkok, terbuka sampul@seangkatan dgnnya,institusi ini
TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi institusi mana yg Patut Kt Pilih ???

 Jawapan sy ialah SRI AYU FINE GOLD..ok,knp sy memilih institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer sri ayu ?? Ini bukan soal sy dealer atau untuk mendapatkan keuntungan komisen,tetapi ini persoalan institusi mana yg boleh menerima semula emas kita seandainya emas kita bercalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu lagi risau kerana Sri Ayu memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.

Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank spt RHB.

Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.

Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada sejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya,Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang datang kepada saya.

Anda juga akan mempelajari teknik-teknik pelaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.

Ok saya rasa cukup smpai dsni sy bkongsi ilmu tentang emas,di lain hari saya akan menerangkan tentang rahsia bagaimana menjana keuntungan dgn emas stp hari,minggu,bulan dan tahun..Teruskan mengikuti blog saya ini untuk melihat post2 terkini dan harga emas semasa.

credit to:BarakahEmas999

MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA-BEZA?



1- Ramai diantara pengunjung blog dan ada juga dikalangan dealer2 saya sendiri yang bertanyakan soalan ini. Lebih2 lagi kepada yang baru berjinak2 di dalam dunia pelaburan emas fizikal, perbezaan harga emas yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2 untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV.
2- Harga emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.
3- Justeru, apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya, syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang terlibat seperti Public Gold, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.
4- Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi.
5- Disebabkan faktor2 ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.


Credit to: Barakahemas999

Graph Pattern To Identify For Maximize Profit And Minimize Lost - Part 2


Ascending Triangle Pattern
Confirm your ascending triangle pattern by drawing a horizontal line tracing the upper price barrier and a diagonal line tracing the series of ascending troughs.

The descending triangle is the bearish counterpart to the ascending triangle.


Descending Triangle Pattern
Confirm your descending triangle by drawing a horizontal line tracing the lower price barrier and a diagonal line tracing the series of descending troughs.
The ascending and descending patterns indicate a stock is increasing or decreasing in demand. The stock meets a level of support or resistance (the horizontal trendline) several times before breaking out and continuing in the direction of the developing up or down pattern.

How to Profit from Ascending and Descending Triangles

Ascending and descending triangles are short-term investor favorites, because the trends allow short-term traders to earn from the same sharp price increase that long-term investors have been waiting for. Rather than holding on to a stock for months or years before you finally see a big payday, you can buy and hold for only a period of days and reap in the same monster returns as the long-time stock owners.

As with many of our favorite patterns, when you learn to identify ascending and descending triangles, you can profit from upwards or downwards breakouts. That way, you’ll earn a healthy profit regardless of where the market is going.

Watch For:

• An ascending or descending pattern forming over three to four weeks.
Set Your Target Price:

For ascending and descending triangles, sell your stock at a target price of:

• Entry price plus the pattern’s height for an upward breakout.
• Entry price minus the pattern’s height for a downward breakout.





Credit to: Intai2 Emas

Graph Pattern To Identify For Maximize Profit And Minimize Lost - Part 1

The symmetrical triangle pattern is formed when investors are unsure of a stock’s value. Once the pattern is broken, investors jump on the bandwagon, shooting the stock price north or south.



Symmetrical Triangle Pattern
To form your symmetrical triangle pattern, draw two converging trendlines that bound the high and low prices. Your trendlines should form (you guessed it) a symmetrical triangle, lying on its side.

How to Profit from Symmetrical Triangles

Symmetrical triangles are very reliable. You can profit from upwards or downwards breakouts. You’ll learn more about how to earn from downtrends when we talk about maximizing profits.

If you see a symmetrical triangle forming, watch it closely. The sooner you catch the breakout, the more money you stand to make.


Watch For:

• Sideways movement, a period of rest, before the breakout.
• Price of the asset traveling between two converging trendlines.
• Breakout ¾ of the way to the apex.
Set Your Target Price:
As with all patterns, knowing when to get out is as important as knowing when to get in. Your target price is the safest time to sell, even if it looks like the trend may be continuing.

For symmetrical triangles, sell your stock at a target price of:

• Entry price plus the pattern’s height for an upward breakout.
• Entry price minus the pattern’s height for a downward breakout.




Credit to:Intai2 Emas

US DOLLAR MULA MENJUNAM !!







Untuk beberapa dekad yang lepas, Amerika Syarikat telah menikmati kelebihan yang sangat unik dari segi sejarah, satu kedudukan yang sangat istimewa. Sebagai negara yang paling berkuasa menuju globalisasi, mata wangnya, dollar, berada dalam permintaan yang sangat tinggi sebagai penyimpan nilai. Yakni, pelabur-pelabur dan bank-bank pusat negara-negara lain menjadikan pegangan dollar sebagai alternatif kepada matawang mereka sendiri, dan mata wang lain yang dilihat kurang stabil sebagai Reserve Currency. Permintaan yang sangat tinggi untuk dollar , telah memberikan pengguna-pengguna AS dan kerajaannya sebagai pinjaman kad kredit hampir tiada had.


AS adalah kini negara penghutang terbesar dunia, dan ekonomi AS kini berkembang hanya kerana Jepun, China, dan Eropah bersedia untuk membiayai defisit perdagangan AS, pada dasarnya, dengan pinjaman sebanyak $500 bilion setahun. Mereka melakukan ini dengan mengambil dollar ketika penguna – pengguna AS menggunakan dollar untuk ditukar dengan Toyota, wain Perancis dan barangan elektronik Cina, dan mereka menggunakan dollar itu semula untuk membeli bon AS dan aset-aset kewangan lain.

Dikira semua, hutang AS kini telah mencecah kira-kira $40 trillion, atau US $600,000 setiap keluarga berempat, satu beban yang jelasnya tidak mampan lagi. Bila rakan perdagangan AS memahami bahawa AS tidak lagi menjadi pembeli yang baik , mereka akan berhenti memberi kan pinjaman (yakni, mereka akan menggunakan dollar mereka untuk membeli euro atau yen atau emas berbanding bon AS), dan nilai dollar sudah tentu akan menurun. Prosesnya sudah bermula, dengan permintaan yang berkurangan untuk dollar , membawa nilai dollar itu jatuh kepada lebih kurang satu pertiga dalam tiga tahun lepas. Tetapi ini hanyalah permulaan.

Suresh Tendulkar, penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri India Manmohan Singh, berkata dia mendesak kerajaan India supaya mempelbagaikan $264.6 bilion rizab pertukaran asingnya dan mengurangkan rizab dollarnya.
“Majoriti rizab tukaran India berada dalam dollar -- sesuatu yang menjadi masalah kepada kami,” Tendulkar, pengerusi Economic Advisory Council, kepada Perdana Menteri berkata dalam satu temubual semalam dalam Aix-en-Provence, Perancis, ketika dia menghadiri satu persidangan ekonomi.

China dan Rusia telah meningkatkan desakan supaya dikaji semula bagaimana rizab mata wang global digubah dan diurus, menggariskan satu anjakan kuasa kepada Negara membangun daripada negara-negara maju yang berhadapan krisis kewangan.

" Sepatutnya ada satu sistem untuk mengekalkan kestabilan bagi rizab mata wang utama dunia,” Bekas Timbalan Perdana Menteri Cina , Zeng Peiyan menyatakan dalam satu ucapan di Beijing semalam, China menonjolkan isu mengenai satu sistem kewangan global yang dikuasai oleh dollar.

Fiskal dan defisit-defisit akaun semasa mesti diawasi kerana “mata wang anda mungkin akan menjadi masalah saya,” berkata Zeng, yang kini menjadi ketua kepada satu pusat penyelidikan di bawah agensi perancangan ekonomiChina .

Russian Proposals



Wang Emas Dunia - cadangan Russia

Presiden Rusia Dmitry Medvedev telah berulang kali menyeru supaya dicipta satu campuran rizab mata wang-mata wang utama sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi perhatian kepada krisis kewangan global, ketika yang sama beliau mempersoalkan masa depan dollar sebagai mata wang rizab global. Rusia membuat cadangan untuk G-20 ,negara maju utama dan negara-negara sedang membangun termasuk penciptaan satu mata wang supranasional.

Isu terakhirnya ialah berapakah nilai dolar akan jatuh sambil ia dihentikan secara berperingkat-peringkat, untuk digantikan dengan apa juga mata wang antarabangsa baru yang akan diperkenalkan. Susut 50% atau 75% ? Adakah ia akan mengambil masa beransur-ansur lebih setahun atau dua atau berlaku semalaman? Bagaimanakah rakyat dan kerajaan AS akan bertindak? Ini adalah soalan-soalan menakutkan. Satu-satunya cara untuk keluar dari kemelut ini adalah untuk kerajaan AS untuk menceroboh lapangan-lapangan minyak selatan Iran dan menguasai Selat Hormuz dan pada asasnya memegang bekalan minyak dunia itu sebagai tebusan. AS boleh ketika itu menetapkan syarat-syarat keatas China, Jepun dan EU dan mengusahakan sesuatu daripada membiarkan mata wangnya jatuh merudum.



Ulasan :

Antara alasan AS menyerang Iraq ialah senjata kimia Saddam Hussin. Sudah diketahui sebenarnya tidak ada. Sebenarnya alasan utama, menyerang Iraq ialah kerana Iraq menukar penerimaan bayaran minyak dari dollar ke Euro. Iran sudah pun mengurangkan pegangan dollar mereka dan bertukar ke Euro. Sekarang AS mencari lagi alasan untuk menyerang Iran pulak, sebab utamanya mereka mahu menguasai semua bekalan minyak di Timur Tengah. Iran merupakan halangan terakhir.

Dimana posisi umat Islam, adakah berpindah dari dunia dengan dominasi dollar ke dominasi Euro penyelesaiannya ? Umpama keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut singa. Lari dari dicuri oleh Si Pencuri (dollar) untuk dirompak pulak oleh Si Perompak (Euro).

Simpanlah dinar untuk hari sukar yang akan mendatang !
Hubungi kami di 013-9883856.


Kredit To: EZY GOLD & SILVER


Thursday, April 28, 2011

Jadikan EMAS sbg KAD KREDIT ?

Anda mesti rasa lain setelah anda membaca tajuk posting di atas. Boleh ke kalau nak buat macam kad kredit ni...Saya akan huraikan satu persatu bagaimana caranya dan rahsia yang terselindung di sebalik emas tersebut sehingga ia boleh menjadi pengganti kad kredit anda tanpa mempunyai susut nilai serta tiada nama akan blacklist di dalam 'ccris' dan 'ctos'. Sungguh menarik bukan apabila anda dapat tahu apa rahsia yang ada di sebalik emas tersebut.




Sebelum bercerita lagi lanjut, kelebihan ini adalah untuk pelabur emas sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai keistimewaan emas. Bagi yang baru hendak berjinak-jinak, anda boleh mulakan sekarang untuk mendapat keistimewaan tersebut. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat manfaat ini.
Sebagai pelabur emas, anda boleh menggunakan emas tersebut sebagai 'ibu duit' untuk kegunaan seharian andai kata anda terdesak ataupun hendak berbelanja lebih sambil mengmbil kira kewangan anda untuk membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, rancanglah perbelanjaan anda untuk menjamin kewangan anda di masa akan datang tiada berlaku kemudaratan.
Kaedah yang akan diberitahu nanti adalah teknik menggunakan Ar-Rahnu sebagai tempat anda mendapat duit untuk berbelanja atau membeli sesuatu. Caranya mudah sahaja, bagi pelabur goldbar/wafer/jongkong emas anda hendaklah memajak emas anda di Agrobank sahaja (terbaik buat masa sekarang) dan ambillah pinjaman sebanyak 50%,60% atau 65% sebagai memenuhi keperluan anda. Lagi tinggi anda ambil pinjaman, maka lagi tinggi upah simpan yang akan dikenakan untuk tempoh selama 6 bulan. Bagi pemilik barang kemas anda mempunyai dua pilihan sama ada di Agrobank ataupun di Bank Rakyat untuk membuat pajakan.

Untuk tempoh pinjaman di Ar-Rahnu Agrobank ialah 6bulan+3bulan+2bulan dan selepas itu andainya anda tidak mampu membayar pinjaman tersebut, emas anda akan di lelong oleh pihak bank. Anda boleh juga membuat penilaian semula emas anda untuk membuat 'overlap' pada pinjaman anda di sebabkan kenaikan harga emas selepas 11 bulan anda memajak emas tersebut, ini dapat mengelakkan emas anda dilelong oleh pihak bank. Kami akan menceritakan anda suatu kisah dimana seorang pelabur emas telah menggunakan teknik memajak emas untuk membeli sesuatu barang yang lain.


Kisah 1

Si Ali hendak membeli TV LCD bersaiz 42" yang berharga RM 3500 sahaja andai beliau membeli secara tunai.Sebagai pelabur emas, Ali telah memajak emas 999 50gm untuk membuat pembelian tersebut.Harga marhum untuk emas 999 di Agrobank ialah RM165. Jadi jumlah marhum untuk emas Ali ialah RM 8250. Ali telah membuat pinjaman sebanyak 50% daripada nilai marhum iaitu sebanyak RM4125 sahaja. Jadi,upah simpan yang telah di kenakan untuk pemajakan tersebut selama 6 bulan ialah Rm247.50 dimana RM0.50 untuk setiap RM100. Andai kata ALi mengambil secara kredit,harga tv tersebut dalah sebanyak RM 4000. Dengan tindakan beliau menggunakan emas sebagai ibu duit, beliau telah membeli secara tunai untuk TV tersebut dan membayar ansuran bulanan selama 6 bulan di Bank untuk penebusan emas semula. Setelah cukup 6 bulan, Ali sudah mendapat kembali emas tersebut dan menyimpan terus dengan baik untuk kegunaan akan datang.


Kisah 2

Si Halim telah membuat perancangan untuk membuat tambahan kabinet dapur di rumah beliau. Kos harga untuk penambahan kabinet ialah sebanyak RM 7000 sahaja. Dengan menggunakan emas 999 sebanyak 100gm, beliau telah memajak untuk membayar kos keseluruhan pengubahsuaian tersebut. Jadi halim telah mendapat pinjaman sebanyak RM 8250 beserta upah simpan sebanyak RM495. Untuk itu, Halim telah menggunakan duit tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran sebanyak RM 700 sebulan. Setelah selepas 6 bulan,Halim tidak berjaya untuk menebus emas tersebut, lalu beliau telah memanjangkan tempoh pinjaman selama 3 bulan selepas membayar upah simpan untuk 6 bulan lepas. Selepas dari itu, Halim juga gagal untuk menebus emas tersebut dan memanjangkan tempoh untuk 2 bulan lg dengan membayar upah simpan untuk 3 bulan pula. Akhirnya,Halim berjaya menebus kembali emas tersebut dan kawasan dapur rumah beserta kabinet baru beliau kelihatan cantik.

Sebagai teladan dari kisah tersebut kita dapat menilai bahawa :

1. Emas boleh dipajak untuk mendapat wang segera melalui pinjaman Ar-Rahnu.
2. Emas boleh membuat kredit dengan sesiapa sahaja untuk pembelian atau perkhidmatan.
3. Dengan emas tersebut, nilai pinjaman kita akan bertambah tinggi jika di buat dari tahun ke tahun di sebabkan kenaikan harga tersebut.
4. Jika gagal membayar pinjaman, anda tiada 'blacklist'.

Bagaimana perasaan anda setelah membaca kisah tersebut,menarik bukan sehingga membuat rumah tanpa membuat pinjaman persendirian. gunakan kelebihan yang anda ada untuk membuat pelaburan emas. Tepuk dada, tanyalah selera....Jika hendak mengetahui lebih banyak lagi ilmu tentang emas,anda bolehlah menyertai rangkaian dealer SriAyu999. Saya akan bongkarkan lebih banyak lagi case2 stdy tentang teknik menjana keuntungan dgn emas...HUBUNGI SAYA SKRG 013-9883856 atau sharifulemran@yahoo.com