[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Perkhidmatan Yang Kami Sediakan :

Selamat datang ke SriAyu999.Saya menjual dan membeli Emas public gold, Emas Sri Ayu,Dinar dan Dirham Kelantan.
Saya juga membeli barang kemas terpakai / patah atau trade-in serta berurusan dalam penebusan surat pajak . Hubungi saya untuk berurusniaga di 013-9883856 @ emailkan kepada sharifulemran@yahoo.com.

Saturday, April 30, 2011

Apa yang anda tahu tentang Emas?

Utk pembaca yg baru ingin mengenali atau ingin bjinak2 dalam dunia emas, disini saya ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas..kenapa saya memilih untuk menyimpan emas dan bukannya wang tunai.. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan



Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tapi sblm itu,sy ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:

1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. 



Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).


Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. – dinar emas 917,barang kemas dan jongkong emas
4. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas 917
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal ye ?? Berdasarkan kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai emas,jika emas anda rosak, terguris, bercalar, bengkok, terbuka sampul@seangkatan dgnnya,institusi ini
TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi institusi mana yg Patut Kt Pilih ???

 Jawapan sy ialah SRI AYU FINE GOLD..ok,knp sy memilih institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer sri ayu ?? Ini bukan soal sy dealer atau untuk mendapatkan keuntungan komisen,tetapi ini persoalan institusi mana yg boleh menerima semula emas kita seandainya emas kita bercalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu lagi risau kerana Sri Ayu memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.

Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank spt RHB.

Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.

Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada sejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya,Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang datang kepada saya.

Anda juga akan mempelajari teknik-teknik pelaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.

Ok saya rasa cukup smpai dsni sy bkongsi ilmu tentang emas,di lain hari saya akan menerangkan tentang rahsia bagaimana menjana keuntungan dgn emas stp hari,minggu,bulan dan tahun..Teruskan mengikuti blog saya ini untuk melihat post2 terkini dan harga emas semasa.

credit to:BarakahEmas999