[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Perkhidmatan Yang Kami Sediakan :

Selamat datang ke SriAyu999.Saya menjual dan membeli Emas public gold, Emas Sri Ayu,Dinar dan Dirham Kelantan.
Saya juga membeli barang kemas terpakai / patah atau trade-in serta berurusan dalam penebusan surat pajak . Hubungi saya untuk berurusniaga di 013-9883856 @ emailkan kepada sharifulemran@yahoo.com.

Saturday, April 30, 2011

Peraturan Dalam Pelaburan Emas Fizikal

Kali ini saya hendak bercerita berkenaan 6 peraturan dalam pelaburan sebagaimana yang saya baca dalam artikel Robert Kiyosaki di http://www.richdadwisdom.com/2009/10/6-rules-for-investing/ . Menurut beliau ada 6 peraturan dalam pelaburan. Saya cuba menerangkan 6 perkara itu dengan cara yang mudah untuk orang-orang biasa faham. 

1. Pelaburan Perlu Ada Perancangan.

Sekiranya kita meletakkan sejumlah wang dalam sesuatu bentuk pelaburan, kita perlu ada satu matlamat kewanagan yang jelas. Kita perlu ada startegi yang berkesan untuk mencapai matlamat itu. Sudah tentu keuntungan yang kita cari. Untuk mendapat keuntungan, perancangan dan strategi perlu diatur sesuai dengan jangkamasa pelaburan, matlamat kewangan dan risiko yang kita hadapi. Contohnya, sebagai orang yang sukakan emas, saya harus mempunyai matlamat untuk menambah dan meningkatkan jumlah simpanan emas saya dari hari ke hari, dari bulan ke bulan dan bertambah dari tahun ke tahun. Untuk itu, perlu pandai merancang kewangan dengan bijak. 


2. Jangan Letak Semua Aset Anda Dalam Satu Portfolio Pelaburan Sahaja.

Orang barat cakap, "Jangan letak semua telur anda dalam bakul yang sama". Tempatkan kekayaan atau wang anda dalam perlagai portfolio pelaburan yang berbeza. Ada banyak bentuk pelaburan yang sudah terbukti mampu menghasilkan kekayaan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya. Apa akan jadi sekiranya anda melabur dalam pasaran hartanah sahaja, dan nilai hartanah itu tiba-tiba jatuh menjunam. Anda akan rugi. Oleh itu, perlu ada banyak portfolio pelaburan. Emas adalah pelaburan yang paling mudah dan rendah risiko.



3. Bina Pelaburan Anda Dalam "Timeframe" Tertentu.

Yang ini saya susah sikit nak faham. Seperti yang Robert Kiyosaki kata, "Apabila tea lady pun melabur dalam stock market, itu adalah masa untuk keluar". Bermaksud apabila pasaran saham sedang menaik, semua orang akan melabur dalam pasaran saham. Pada masa itu, pasaran saham berada di kemuncaknya dan nantikanlah kejatuhan saham tersebut. 

Menurut Robert Kiyosaki lagi, terdapat dua cara untuk menentukan masa terbaik pelaburan. Pertama adalah dengan memiliki saham yang 'low end" market  dan menjualnya ketika dalam keadaan "high end" market. Cara pertama ini susah sedikit untuk dilaksanakan. Kedua, adalah dengan melabur dalam pelaburan yang bagus dan kekal berada dalam pelaburan itu mengharungi lautan dan badai (seperti dalam tempoh masa10 tahun atau 15 tahun). 

Beliau lebih sukakan cara yang kedua kerana lebih selamat dan mudah. Elakkan dari melaburkan wang anda dalam apa-apa pelabuaran yang berada dalam keadaan harga tinggi, namun jual pada harga yang rendah. Ini mungkin kerja gila dan anda akan mengalami kerugian yang teruk. Untuk apa melabur untuk rugi???

4. Elakkan Pelaburan yang Berisiko Tinggi.

Seorang pelabur sejati adalah orang yang tahu membezakan antara pelaburan yang menguntungkan dan pelaburan yang sangat tinggi risikonya. Elakkan JV bisnes yang risikonya amat besar, elakkan highly speculative stock, tax avoidance schemes atau apa-apa pelaburan yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 

Seperti saya nyatakan tadi, memiliki emas fizikal adalah sama dengan anda melabur dalam emas yang sudah tentu rendah risikonya. Anda tentukan sendiri apa anda hendak lakukan dengan emas anda tadi. Sebab itu saya beli emas Sri Ayu, sebab lebih baik dari masuk skim pelaburan emas (tak dapat emas pun), tiap-tiap bulan dapat untung. Itu bukan pelaburan yang sebenar. 


5. Elakkan Meminjam Untuk Melabur. 

Seeloknya, cuba elakkan meminjam untuk melabur. Namun, ada financial advisor berpendapat pinjam itu adalah, "gearing your investment". Gearing means to borrow. Pelabur perlu bijak menilai, adakah dengan meminjam akan dapat cover keuntungan pelaburan itu. Sekiranya pinjaman dapat beri pulangan yang menguntungkan untuk anda melabur, apa salahnya, teruskanlah. Sekiranya meminjam dan margin keuntungan dari pelabuaran itu tidak mampu membayar kadar pinjaman, hentikan saja niat murni anda itu.

Tetapi saya berpendapat, meminjam untuk melabur lebih baik dari meminjam untuk bayar hutang lain atau membeli apa-apa yang tidak perlu. Meminjam untuk beli emas adalah terbukti menguntungkan. Namun, perlu ada sedikit ilmu pengetahuan dan strategi. 

6. Stay, With Traditional and Known.

Kekal melabur dalam pelaburan yang terkemuka dan terbukti menguntungkan. Emas adalah salah satu jawapannya. Melabur dengan membeli dan memiliki emas adalah satu tindakan bijak. Ini kerana emas telah terbukti dari zaman berzaman sebagi menyimpan kekayaan terunggul. Emas kalis inflasi dan tidak susut nilai. Elakkan melabur dalam pelabuaran yang tidak stabil.

Kesimpulannya, buatlah tindakan yang bijak untuk melabur dalam apa jua bentuk pelaburan. Pokoknya, keuntungan yang kita cari. 

Sekian. 



credit to:thisisgoldfever