[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Perkhidmatan Yang Kami Sediakan :

Selamat datang ke SriAyu999.Saya menjual dan membeli Emas public gold, Emas Sri Ayu,Dinar dan Dirham Kelantan.
Saya juga membeli barang kemas terpakai / patah atau trade-in serta berurusan dalam penebusan surat pajak . Hubungi saya untuk berurusniaga di 013-9883856 @ emailkan kepada sharifulemran@yahoo.com.

Wednesday, April 27, 2011

Mari Belajar Pajak Emas - Ar-rahnu

Assalamualaikum semua..
Hari ini, saya nak cerita sekali lagi tentang Ar-rahnu..bukan ape, sebab masih ramai yang tertanya2..camne nak pajak kat Ar-Rahnu ni..ape yang kena bawak, ape yang kena ade, ape yang itu..ape yang ini.. ehehhe..takpe2..kali ni saya cuba ceritakan secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh paham. 
p/s: kepada yang berminat nak tanya macam kawan2 kita yang lain boleh emelkan soalan anda kepada saya langsatkuning@yahoo.com @ hubungi saya di 013-9883856.
ok, mula2, saya nak cerita dulu tentang pelaburan emas dalam buku akaun. Nak cerita sikit je..supaya anda nampak beza dengan lebih jelas antara emas dalam buku akaun dan emas fizikal.
Contoh emas dalam buku akaun : Public Bank Gold Investment Account, Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA) dan lain2..

sumber gambar : public bank
ok, sebenarnya emas fizikal dan emas buku pelaburan ada kelebihan masing2..cuma didalam teknik Ar-Rahnu, hanya emas fizikal saje yang boleh digunakan. Emas dalam buku pelaburan tak boleh guna cara ini.
Biasanya, teknik Ar-Rahnu digunakan bila pemilik emas tersebut memerlukan@nak guna wang pada satu-satu masa tertentu.

Bila pemilik tersebut nak guna wang, terdapat dua cara untuk mendapatkan wang :

  1. menjual emas yang ada padanya
  2. memajak emas tersebut
Cara pertama iaitu dengan menjual emas, kedua-dua jenis emas pelaburan boleh gunakan teknik ini.
Situasi pertama
Di mana, bila harga emas sedang naik, boleh la jual emas yang ada pada kita tu. Dengan cara ini, kita boleh dapat untung sebab jual pada harga yang tinggi. Lebih tinggi daripada harga emas semasa kita mula2 beli dulu.

Situasi kedua
Tapi, bagaimana kalau masa kita nak jual tu, harga emas tengah rendah? Time tengah terdesak nak guna duit, harga emas turun pulak. Kalau kita jual time tu, kita akan rugiBetul tak?

Situasi ketiga
Kita sayang nak jual emas tu, sebab masa kita beli tahun lepas atau 2-3tahun lepas harga emas tu baru dalam RM100-120/gram. Tapi sekarang ni dah RM140/gram..Kalau kita jual emas ni sekarang, nanti nak beli balik harga emas dah naik..so makin mahal..

Jadi, jika anda sayangkan emas tersebut maka
 teknik Ar-Rahnu memainkan peranan penting disini.
Sehingga kini, ar-rahnu yang terbaik adalah
 AGRO Bank.
  1. Sebab Agro Bank tawarkan nilai yang lebih tinggi dari Ar-Rahnu lain.
  2. Sebab Agro Bank terima semua jenis emas jongkong, syiling, barang kemas.
  3. Tapi malangnya sehingga kini semua ar-rahnu x terima emas dalam buku pelaburan.
p/s: jadi kepada pemilik emas dalam buku pelaburan, memang teknik ni tak sesuai untuk anda. Tapi takpe, boleh belajar untuk tambah ilmu.

Jadi, apakah keperluan yang anda perlu tahu sebelum nak pergi pajak kat Ar-Rahnu Agrobank?

1. Bawa Kad pengenalan
2. Kena ada akaun di Agro Bank (kalau takde, cuma perlu buka akaun RM20 saja minimum)
3. Bawa Emas yang nak dipajak.
4. Kalau emas tu ada sijil dia, bawa bersama (contoh: emas Public Gold)


ok, kalau sebelum ni, harga emas 999 kalau nak pajak kat AGRO Bank cuma RM118.20/gram iaitu pada bulan Februari 2009. Lepas tu, harga emas yang saya pajak untuk emas 999 dah naik, saya pun x sedar bila dia naik, tapi yang pasti masa saya pajak masa tu dalam bulan jun ke bulan julai camtu, dah naik jadi 
RM126/gram.

Lepas tu, 2-3 hari nak raya, saya pergi pajak lagi..maklum la..nak raya nak guna banyak duit :)
Kali ni, masa saya pajak tu, harga emas dah naik jadi 
RM148.50/gram



Ok jom kita tengok contoh pengiraan nilai pajakan emas tersebut.


ok, macam mana nak kira?

harga emas untuk 999 yang ditawarkan oleh AGRO Bank = RM148.50/gram
Berat emas yang saya pajak = 100gram




Nilai Marhun = Nilai emas saya 
RM148.50 x 100gram
= RM14,850.00

Jika ini adalah pajakan pertama, saya hanya layak untuk meminjam 65% sahaja dari Nilai Marhun
Memandangkan pajakan ini bukan pajakan pertama saya, jadi saya boleh pinjam sehingga 70% dari Nilai Marhun emas saya.
 

Jadi, saya layak untuk meminjam, 
70% x RM 14850
= RM10,395.00

tapi kalau anda lihat nilai pinjaman saya di atas hanya RM10,000.00 saja kan? Sebenarnya saya saje je minta RM10,000.00 Jadi terpulang kepada kita nak pinjam brapa banyak cuma maksimum pinjaman adalah RM10,395.00

ok, macamana kira upah simpan?
Upah simpan kita telah ditetapkan hanya RM0.60sen untuk setiap RM100 nilai emas kita (nilai marhun)
Sebab nama pun 
UPAH SIMPAN jadi, dia akan caj upah untuk dia simpan emas kita tu bukan ikut brape banyak yg kita pinjam.

jadi, pengiraannya macam ni;
RM14850.00 (nilai marhun) x 0.60sen(upah simpan) bahagi RM100 (sebab untuk setiap RM100)

= RM 89.10/bulan

disebabkan kita boleh meminjam sehingga 6 bulan pertamajadi anda boleh lihat nilai upah simpan kat gambar diatas adalah RM534.60 (RM89.10 x 6 bulan)

Kalau anda lihat, ansuran bulanan saya adalah sebanyak RM1666.66 yang ni tak termasuk upah simpan lagi. sebenarnye terpulang pada kita, nak bayar RM1666.66 setiap bulan ke, atau nak bayar rm2000.00 setiap bulan ke..atau xmo bayar langsung tapi dah cukup 6 bulan baru nak bayar pon boleh jugak..bayar sekaligus RM10,000.00 + RM534.60 untuk upah simpan 6 bulan.

Tapi, kalau kita x mampu bayar untuk jangka masa 6 bulan, boleh di 'extend' lagi selama 3 bulan, kalau x mampu lagi boleh lagi di 'extend' untuk 2 bulan lagi..jadi total semua 11 bulan la..cuma upah simpan tu kena kira balik untuk 11 bulan..ada pahammm??


haaa..mudah je kan?
ok la..sekian saja dulu cerita pasal ar-rahnu ni..


kredit utk : Amir Firdaus/inspirasiemas@gmail.com/012-5853035